Perubatan berbekam merupakan perubatan tradisional dari dahulu kala lagi, tapi kini ianya jarang diamalkan. Tapi kini ianya telah dibangkitan semula dengan menggunakan peralatan moden.
Mengapa kita perlu berbekam / "Bertoreh"?
Selepas 3 bulan sel darah merah dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urid, urea mengandungi toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Apakah Peranan Darah Dan Kesannya
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal hati berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
1. MENGURANGKAN STRESS
2. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
3. MENSTABILKAN SISTEM TUBUH
4. MENINGKATKAN KEUPAYAAN SISTEM SARAI ALIRAN DARAH & SISTEM LIMPA
5. MENGGERRAKKAN SISTEM TUBUH UNTUK MEMBAIKI SISTEMNYA SECARA SEMULAJADI.
Bagaimanakah hendak mengesan masalah darah?
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah terasa lesu, letih, tak sedap badan, kebas kebas kaki dan tangan, tak bermaya, kurang segar, pening, cepat bosan, murung, mudah marah, mudah mengantuk dan mudah pitam.
Kemudian penyakit kronik akan mula mengancam kita seperti darah tinggi, strok, ghout, diabetis, barah dll.
Bagaimanakah hendak menyembuhkan penyakit / masalah darah ?
"Berbekamlah.. jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu"
Kelebihan Berbekam / "Bertoreh"
Membantu mengeluarkan darah kotor, toksid, asid, kolestrol, angin serta mampu merawat 72 JENIS PENYAKIT. Satu kaedah terbukti memberikan kesan yang segera.
Faedah Berbekam / "Bertoreh"
✓ Membuang darah kotor, darah beku dan darah berpenyakit
✓ Mengeluarkan gula yang tidak diperlukan di dalam darah
✓ Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
✓ Mengeluarka kolesterol yang berlebihan di dalam darah
✓ Meringankan otot yang tegang
✓ Mengatasi ketegangan (stress) yang berpanjangan
✓ Membebaskan angin kotor dan toksin dalam badan
✓ Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem limpa y Membantu meringankan tugas
buah pinggang
✓ Membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh rawatan moden.
✓ Merawat lain-lain penyakit biasa dan kronik
✓ Menyegarkan badan dan menyihatkan badan